Khamis, 29 April 2010

LENCANA SEKOLAH


Lima Tangkai Bunga Padi

Hasil Tuaian
(Ilmu Pengetahuan)


Jalur-jalur (Alunan) Ombak
Cabaran untuk memperoleh pengetahuan


Keris Perak
Lambang kekuasaan


Ular Putih
Kebijaksanaan dan budi


Cogan Kata
(Ilmu Sahabat Sejati)
Sentiasa menuntut ilmu

PROFIL SEKOLAH



SEJARAH

Peristiwa ini berlaku pada 01 Oktober 1958, Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir pada awalnya terletak di Kampung Bukit Temusu, Kuala Pilah yang beroperasi di bawah pentadbiran dan di dalam kawasan yang sama dengan Sekolah Tuanku Muhammad. Walaubagaimanapun Sekolah Tuanku Muhammad adalah untuk murid-murid peringkat menengah dan Sekolah Tunku Munawir untuk murid-murid peringkat rendah.  


          Nama sekolah ini diambil sempena Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Munawir yang pada masa itu bergelar Tunku Muda Serting sebelum memegang gelaran Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus.

          Peningkatan jumlah murid serta meletakkan dua sekolah di kawasan dan bangunan yang sama makin kelihatan tidak praktikal. Ledakan peningkatan jumlah murid bermakna juga memerlukan bilik-bilik darjah tambahan yang banyak disamping keperluan kemudahan yang lain. Keadaan ini berjalan hingga ke satu tahap yang terpaksa dibuat perubahan.

          Usaha-usaha membina bangunan baru berasingan dimulakan pada 11 Mac 1974. Lokasi yang dipilih ialah di Bukit Kampung Gentam. Kerja-kerja membina bangunan berjalan lancar dan siap pada 23 Disember 1979 dengan perbelanjaan RM 527 000.00

          Pada 16 Januari 1978 Sekolah Tunku Munawir yang baru di Kampung Gentam mula beroperasi sepenuhnya. Kemudian ia dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Munawir, Kuala Pilah. Awal tahun 1997 bila Kementerian Pendidikan membuat penyelarasan ia dikenali pula dengan Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir, 72000 Kuala Pilah. 


          Pada tahun 1989. Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah rintis Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) untuk Negeri Sembilan, yang sekarang diubah kepada Program Pendidikan Khs Integrasi (PPKI). Manakala kelas Prasekolah bermula pada tahun 2003.